Jenis-jenis Lelaki
Anda yang wanita-wanita ini mungkin teringin sangat nak tahu apa
jenis-jenis lelaki yang terdapat di dunia ni. Ada yang ok, ada yang
tidak. Tapi saya rasa, bukan wanita saja yang ingin tahu jenis-jenis
lelaki ini. Yang lelaki pun mesti ingin tahu jugak bukan? So mari kita
baca entri kali ini.
#1 – Jenis habis madu sepah dibuang
Lelaki kategori ini adalah seorang lelaki yg mementingkan kebersihan.
Kerana dia takleh hidup dlm keadaan yg bersepah sepah. Sebab itu la,
bila madu dah habis…dia akan membuat pembersihan dan benda benda yg
bersepah akan di buang.
#2 – Jenis bagi betis nak peha
Lelaki jenis ini mempunyai selera makan yang tinggi. Dan mungkin jugak
seorang yang buruk lantak. So, sesiapa yg mempunyai pasangan seperti ini
hendaklah sentiasa memastikan ada lebihan makanan setiap kali menjamu
selera.
#3 – Jenis manis mulut di bibir
Lelaki kategori ini adalah seorang yang hisap rokok secara curi curi.
Atau lebih tepat lagi hisap rokok tanpa pengetahuan pasangannya. Dan
lelaki ini sentiasa ‘cover’ bau rokok dengan makan gula gula. Sebab tu
mulut serta bibir dia manis.
#4 – Jenis lembut gigi dari lidah
Lelaki jenis ini seorang yg suka menggosok gigi sampai giginya kelihatan
putih bersinar sinar. Dan harus di ingat, giginya yang putih berseri
itu adalah senjata utama yang digunakan untuk meng’ayat’ perempuan
kerana hanya dengan senyuman yg membariskan giginya yang putih itu dapat
melembutkan hati perempuan tanpa menggunakan kata kata.
#5 – Jenis tikam dari belakang
Tikam dari belakang? Ada ke kategori macam ni? Anda rasa?